MAC 2023

Boleh Pergi Sekolah, Klinik


KUCHING, 16 Mac: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (DR) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyerahkkan Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan di Sarawak (DSITKS) kepada 45 kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sarawak.

Menurut beliau, DSITKS adalah antara jalan penyelesaian sementara untuk memudahkan urusan perkhidmatan tertentu penjagaan (perubatan dan pendidikan) sebelum mereka mendapat dokumen yang sah terutamanya apabila tahun persekolahan 2023 bermula.

“Kanak-kanak kita iaitu mereka yang tanpa kewarganegaraan di Sarawak tidak mendapat akses kepada pendidikan dan juga kesihatan oleh itu kerajaan Sarawak sangat prihatin kepada keadaan keluarga kita yang tidak dapat menghantarkan anaknya ke sekolah dan lebih-lebih lagi untuk mendapatkan rawatan perubatan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan di Sarawak (DSITKS) di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Dalam pada itu beliau juga turut menyeru agar ketua masyarakat mengenal pasti kanak-kanak di kampung atau rumah panjang masing-masing yang tidak mempunyai dokumen kewarganegaraan.

“Kepada ketua-ketua masyarakat saya menyeru supaya ambil tahu ayat apa yang berlaku di kampung-kampung di rumah-rumah panjang bukan kita nak menganggu tepi kain orang, tapi kita sayang dengan anak kerana anak adalah satu harta keluarga dan anak mesti diberi pendidikan yang betul supaya mereka akan menjadi anak yang soleh untuk keluarga dan membantu keluarga ini yang penting,” kata beliau

Turut hadir Timbalan Premier, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat Datuk Rosey Yunus dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Dato Sri Mohammad Abu Bakar Marzuki . - Sarawakku

Sumber dari : Sarawakku